Exchange Link

BLAZSFM RADIO ONLINE | NO MUSIC NO LIFE

Listen Free Internet Online Radio Stations

Put BlazsFM player and banner into your blog

Chat Box

Advertisement

Leave Your Comments Here

Free advertising

BlazsFM akan memulakan operasi Julai ini!!!

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi atas keizinan dan ketenangan yang diberikan kepada kami selaku Krew BlazsFM dapat juga menyiapkan hampir sepenuhnya blog radio tunggal kami yang diberi nama BlazsFM bersama-sama dengan moto No Music No Life.

Kalau dahulu kami hanya beroperasi secara sederhana dengan menggunakan perkhidmatan radio yang percuma, tetapi kini kami mula berani melangkah setapak bagi memilik perkhidmatan radio yang sebenar dan memiliki server sendiri. Dengan segala asset ini akan memudahkan kami beroperasi selama 24 jam sehari tanpa henti walaupun ketika itu di bilik konti tiada deejay yang bertugas. Keadaan ini member sedikit keselesaan kepada kami yang mana hampir berjam-jam berhadapan dengan mikrofon bagi menambat hati-hati pendengar agar sentiasa bersama dengan kami walaupun ketika itu kepenatan membelengu diri kami. Setiap yang kami lakukan disini tidak lebih untuk menawan hati anda. Justeru sokongan anda yang kecil kami amat harapkan.

BlazsFM kini muncul kembali selepas hampir 3 bulan bersama XY Radio.FM. Segala perit dan getir kami menjalankan tugas disana sedikit sebanyak memberikan kami sejuta pengalaman bagi mematangkan diri kami untuk menceburkan diri dalam dunia hiburan online. Walaubagaimanapun XY Radio.FM tetap kami bawa bersama didalam hati dua orang deejay yang setia memantapkan dan meneruskan stail radio tersebut. Deejay XY selaku pemilik penuh XY Radio Online akan mula meneruskan misi bagi membawa BlazsFM selari dan standing dengan radio-radio otai yang lain. Walaupun penuh dengan tugasan sebagai seorang blogger dan usahawan, tetapi tetap tidak pernah cuba menjadikan BlazsFM satu masalah baginya. Dengan usaha yang diberikan dalam masa sebulan bagi membangunkan blog BlazsFM ini menunjukkan beliau seorang yang serius dalam sesuatu yang dijanjikan. Beliau tidak keseorang di bilik BlazsFM, Deejay Cinta selaku penyeri BlazsFM tetap akan bersama anda Julai ini. Dengan gaya tersendiri, dan penuh dengan sentuhan kewanitaan Deejay Cinta akan membuatkan anda menjadi insan yang lebih sensitif apa bila terdengar lontaran suara dan coleteh yang akan dipersembahkan.

Tanpa kedua-dua Deejay ini, maka BlazsFM tidak akan wujud. Malah anda mungkin tidak akan menyebut perkataan BlazsFM dalam hidup anda. Justeru dengan semangat dan usaha kami ini kami harapkan anda terhibur dan dalam masa yang sama anda memberikan sokongan anda kepada kami untuk bernafas sambil melangkah ke satu tapak yang lain. Tanpa anda juga tiadalah kami disini. Lantaran setiap kita adalah memerlukan. Ikhlas dari kami Krew BlazsFM.

Artist Info

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More