Exchange Link

BLAZSFM RADIO ONLINE | NO MUSIC NO LIFE

Listen Free Internet Online Radio Stations

Put BlazsFM player and banner into your blog

Chat Box

Advertisement

Leave Your Comments Here

Free advertising

Cinta Muka Buku, Najwa Latif Gadis YouTube.



Rasanya ramai yang tidak asing lagi dengan suara gadis kecil ini yang bergelar Najwa Latif berumur 16 tahun kelahiran Batu Pahat Johor ini. Beliau yang aktif dalam dunia YouTube yang mana merakamkan pelbagai lagu sama ada yang telah dinyanyikan oleh artis tempatan mahupun lagu milik beliau sendiri. 

Beliau juga sebelum ini pernah menyanyikan lagu nyanyian Fyyn Jamal yang bertajuk Seratus Lima Puluh Juta Kali dan menempatkan ia didalam YouTube yang suatu ketika dahulu lagu tersebut menjadi pilihan segenap insan. Kini beliau muncul dengan lagu berjudul Cinta Muka Buku yang bagi xy memang best dan happy untuk di dengari. 

Kami di BlazsFM juga tidak ketinggalan memainkan lagu ini didalam radio kami atas tujuan mempromosikan secara tidak langsung kepada rakan-rakan pendengar disini. Diharapkan anda disini terhibur dengan lagu ini.

Bagi anda yang ingin mengetahui segala perkembangan Najwa Latif, anda boleh ke blog beliau sendiri atau pun berkongsi cerita menarik beliau di Facebook dan Twitter. Alamatnya xy sediakan di bawah ini. Semoga sebarang info ini dapat kita kongsikan bersama.

Tahniah Najwa dari kami BlazsFM Crew.

Facebook fanpages : najwalatif
Twitter: @njwalatif
YouTube: www.youtube.com/najwa595

Artist Info

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More